ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Wednesday, August 22, 2012

Iftor Jamaei' ISMBA Tahun 4 di Hotel Bustani, Jitra


Laman ini khas buat sahabat-sahabat Batch 2009 Kulliyyah Bahasa Arab Insaniah..

Di sini, kami ingin memaklumkan kepada sahabat-sahabat Batch 2009 di mana kami telah membina satu laman khusus buat entum dan entunna semua. Jika belum terlambat untuk kami di pihak Barisan Kepimpinan Ittihad Tullab Lughah Arabiah [ ITLA' ] menyatakan rasa bangga kerana sahabat sekalian memilih jurusan Bahasa Arab di Insaniah ini. Semoga kita akan mampu untuk sama-sama bergerak dalam satu wadah demi memartabatkan Bahasa Arab dipersada dunia selepas sahabat-sahabat bergelar graduan nanti.. 

Antara tujuan utama laman ini dibina ialah : 

1. Ia dibina agar dapat memastikan kebajikan dan kemudahan sahabat-sahabat di Kulliyyah Bahasa Arab Batch 2009 terjaga dalam setiap lapangan serta membina semangat kesatuan dan mengukuhkan silaturrahim di kalangan sahabat-sahabat semua dan juga kami di pihak ITLA'. 

2. Ia juga diadakan agar kita bergerak bersama-sama untuk melahirkan suasana "berbahasa Arab" dalam kampus Insaniah. Semoga sahabat-sahabat akan menjadi lebih minat kepada Bahasa Arab serta fasih berbahasa Arab nanti, insya-Allah. 

3. Malah, ia dibina agar sahabat-sahabat akan sentiasa berhubung dengan kami di pihak ITLA' malah akan selalu melawat kami di Kulliyyah Bahasa Arab. 

Semoga ukhuwwah kita akan terjalin dan insya-Allah kami akan memastikan kebajikan sahabat-sahabat terus terpelihara dan terjaga. 

Dikesempatan yang ada ini, kami di barisan kepimpinan Ittihad Tullab Lughah Arabiah [ ITLA' ] ingin mengucapkan kepada sahabat sekalian, selamat mengulangkaji matapelajaran. Rajin-rajinlah berdoa dan bangun untuk bersolat malam. Minta restu kedua ibu dan ayah agar mudah semasa menjawab dalam peperiksaan nanti. Buatlah yang terbaik demi keluarga, masyarakat dan juga agama Islam. 

"MEMANTAPKAN BAHASA MERAPATKAN UKHUWWAH"

Thursday, August 9, 2012

Batch 2009




Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH